TIADA ungkapan mampu mengambarkan kesedihan dirasakan pelakon Scha Alyahya sejak pemergian ibunya iaitu Allahyarham Junainah Hasim pada 7 Disember lalu.
Mengimbau pengorbanan ibu tercinta, Scha atau Sharifah Nor Azean Mahadzir, 41, menyifatkan Allahyarham sebagai insan mengajarnya erti kehidupan.
“Tiada kata mampu menggambarkan kehilangan ini, tapi saya nak ambil peluang ini untuk mengenang seorang wanita luar biasa yang telah memberikan Scha kehidupan, kasih sayang dan erti kekuatan.
Scha berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram.