KEM Sabah FC boleh menarik nafas lega apabila empat tonggak utama mereka dipanggil semula untuk memperkuatkan pasukan menjelang aksi suku akhir pertama Piala Malaysia bertemu Kuching City FC.
Keempat-empat pemain berkenaan ialah Dominic Tan, Daniel Ting, Stuart Wilkin dan Darren Lok.
Pertembungan ‘Derby Borneo’ itu akan menyaksikan kedua-dua pasukan akan beradu tenaga di Stadium Negeri, Sarawak pada Ahad.