SAHAM kapten pasukan Timor Leste, Joao Pedro semakin meningkat naik selepas aksi lincahnya ketika berjaya memberikan saingan kepada skuad kebangsaan dalam perlawanan Kumpulan A Piala Asean di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Rabu (11 Disember).
Gerakan lincahnya berjaya memberikan Timor Leste membolosi gawang gol Harimau Malaya sebanyak dua kali dan mendahului dengan keputusan 2-1 di babak separuh masa pertama sebelum anak-anak buah Pau Marti Vicente bangkit dengan dua jaringan.
Walaupun Timor Leste gagal mencuri sebarang mata di SNBJ, namun aksi Pedro ternyata menarik perhatian ramai dengan penyokong kelab-kelab Liga Malaysia (Liga M) mula berharap pihak pengurusan pasukan mereka menandatangani pemain berusia 26 tahun itu pada musim depan.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Pengumuman
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.





