INISIATIF FLYsiswa yang diperkenalkan Kementerian Pengangkutan untuk mengurangkan beban penuntut universiti awam akan digiatkan tahun depan selepas peruntukan lebih besar disalurkan kerajaan.
Menterinya, Anthony Loke dalam satu ucapan berkata, setiap pelajar akan ditawarkan subsidi RM400 pada 2025 berbanding RM300 diberikan ketika ini dalam usaha mengurangkan beban, terutamanya ketika musim perayaan.
“Saya sudah cadangkan untuk tambah sedikit (peruntukan) bagi tahun depan. Ini kerana pada 2023 dan 2024, kita salurkan bantuan RM300, tetapi akan ada pertambahan bagi tahun ini.