TIDAK mahu mengabaikan anak-anak terlalu lama, pelakon Diana Danielle mengambil pendekatan menerima hanya satu atau dua naskhah lakonan dalam masa setahun.
Diana atau Diana Danielle Danny Beeson, 33, berkata, dia perlu berada di sisi anak-anaknya dalam memastikan segala urusan persekolahan dan aktiviti harian mereka terjaga.
“Orang kata semakin dewasa semakin hidup kita bebas tetapi sebenarnya semakin sibuk sebab saya ada banyak komitmen dengan anak-anak.







