KEJOHANAN penutup musim, Jelajah Dunia Akhir akan memulakan tirai pada 11 hingga 15 Disember dengan dilangsungkan di Hangzhou, China.
Ia menjadi peluang terakhir bagi kesemua pemain terpilih menyertai pertandingan itu untuk mendapatkan kejuaraan terakhir sebelum perjalanan Jelajah Dunia BWF bagi musim 2024 tamat.
Begitu juga buat pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia. Sebagai wakil tunggal Malaysia dalam kategori itu, inilah waktunya bagi dia teguh di puncak dan mengukuhkan statusnya sebagai bintang badminton negara.