Sukan

Tiada pemain lokal capai tahap Bergson-Hidalgo, manfaat kesudian mereka

HARIMAU Malaya dikhabarkan akan mendapatkan dua bintang naturalisasi baharu iaitu Bergson Da Silva dan Manuel Hidalgo bagi memperkuatkan jentera serangan pasukan menjelang pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027.

Nama penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson dan pemain import Harimau Selatan yang kini beraksi bersama Sri Pahang, Hidalgo itu difahamkan menyertai skuad kebangsaan selepas Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi bayangan mengenainya.

Tunku Ismail yang juga pemilik Harimau Selatan berkata demikian selepas memberikan respons terhadap undian pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 yang menyaksikan Malaysia diletakkan dalam kumpulan F bersama-sama Vietnam, Nepal dan Laos.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%