PELAKON Trisha Ooi tidak menyangka impian mendapat pengiktirafan dalam kariernya berlaku lebih awal apabila memenangi kategori Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) pada malam Sabtu.
Trisha atau Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, 25, berkata, dia langsung tidak meletak sebarang harapan memenangi kategori tersebut memandangkan calon-calon lain mempunyai kekuatan tersendiri.
“Mungkin ramai yang tahu saya muncul dalam bidang seni sebagai pelakon lagak ngeri.

Trisha terharu dengan kemenangan pertama di FFM33. – Foto RAJA FAISAL HISHAN






