Hiburan

Jack Tan tak jangka menang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, perjalanan ‘Abang Adik’ masih panjang

MENEPATI ramalan, pelakon filem Abang Adik iaitu Jack Tan dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM) yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kuala Lumpur pada malam Sabtu.

Jack, 33, berjaya menundukkan empat lagi pesaing dalam kategori tersebut termasuklah Syafiq Kyle (Sheriff), Wan Azli (Pagari Bulan), Sharnaaz Ahmad (Polis Evo 3) dan Kahoe Hon (Victims).

Tidak menjangkakan kemenangan tersebut, Jack memberitahu kehadirannya ke FFM pada tahun ini sekadar memberi sokongan kepada penggiat seni tanah air.

jack1 - 1

Usaha Jack membuahkan hasil apabila dinobat sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. – Foto RAJA FAISAL HISHAN

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh