ACARA lelongan barangan milik usahawan sensasi Datuk Seri Vida yang sepatutnya diadakan pada 9 Disember ini ditangguhkan.
Ia susulan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Vida selaku defendan menangguhkan proses itu pada Jumaat lalu.
Peguam mewakili Ah Design Communication iaitu Samir Zainal memberitahu penangguhan itu bagi membolehkan defendan menilai semula sama ada barang-barang disita adalah milik peribadi atau syarikatnya iaitu Vida Beauty Sdn Bhd.

Samir memaklumkan acara lelongan barangan milik Vida ditunda.





