PELAKON Scha Alyahya terpaksa tarik diri sebagai hos pada malam kemuncak Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) yang akan berlangsung pada malam Sabtu.
Ia susulan menghormati pemergian ibu tercinta iaitu Allahyarham Junainah Hashim yang meninggal dunia pada pagi Sabtu.
Perkara itu turut disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) iaitu Datuk Azmir Saifuddin yang turut mengambil kira faktor kesedihan dilalui aktres tersebut.

Ibu Scha meninggal dunia di Hospital Pantai Kuala Lumpur pada pagi Sabtu.





