MENCIPTA kelainan dalam kariernya, penyanyi Aisha Retno bakal tampil menghiburkan peminat di persembahan komedi berdiri iaitu The Big LOL Show pada 13 dan 14 Disember ini di Zepp Kuala Lumpur.
Menjadi satu-satunya penyanyi terlibat dalam acara tersebut, Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 24, menyifatkan ia sebagai peluang keemasan dalam kariernya.
“Sangat bersyukur dengan peluang keemasan ini lagi-lagi digandingkan dengan deretan artis dan penghibur serta pelawak yang hebat-hebat belaka,” katanya ketika dihubingi mStar.

Aisha menjadi satu-satunya penyanyi yang terlibat dalam acara berkenaan.






