PENDAKWAH selebriti, Azman Syah Alias dihukum penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret Klang, Selangor selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki pada 2022.
Memetik laporan Harian Metro, tertuduh yang juga sinonim dengan panggilan PU Azman membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd Rasid selepas representasi dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara diterima bagi menukar pengakuan sebelum ini yang mengaku tidak bersalah.
Representasi berkenaan dikemukakan Azman Syah pada Oktober lepas dan diterima Jabatan Peguam Negara pada awal November.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
Pengumuman
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.






