PENYANYI Adira terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor pada malam Rabu selepas tiba-tiba jatuh pengsan di rumahnya.
Menurut Adira atau Siti Adira Suhaimi, 33, dia dihantar ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan dan hasil pemeriksaan doktor mendapati dia mengalami demam panas selain kurang sel darah merah.
“Semalam (Rabu) lepas waktu Isyak saya tiba-tiba pengsan di rumah. Abang-abang saya yang uruskan panggil ambulans dan bawa saya ke hospital.

Kurang rehat antara punca Adira mengalami demam panas.





