Sukan

Tommy Mawat main lawan Kedah? GM Perak jelaskan rayuan dilakukan kepada FAM

KEKELIRUAN berlaku dalam kalangan penyokong bola sepak tempatan apabila pemain Perak FC, Tommy Mawat diturunkan dalam beberapa aksi selepas dia disahkan digantung oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Pada 19 November, Tommy bersama-sama pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman digantung tiga perlawanan selepas terlibat dalam aksi panas ketika kedua-dua kelab bertemu dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.

Mengikut keputusan Jawatankuasa Tatatertib FAM, Tommy sepatutnya tidak boleh diturunkan oleh Perak semasa dua perlawanan pusingan 16 pasukan terbaik Piala Malaysia bertemu Kelantan Darul Naim FC serta aksi liga berdepan Kedah Darul Aman FC.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.