Sukan

Iktibar aksi dihenyak Tok Gajah, 3 tonggak muda Selangor wajar duduk ‘bench’ jumpa Cebu

SELANGOR FC terlepas peluang merangkul trofi ke-34 Piala Malaysia apabila tewas 2-3 secara agregat selepas hanya merekodkan keputusan 1-2 pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, Selangor pada Ahad.

Dua jaringan menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Manuel Hidalgo dan Sergio Aguero menamatkan cabaran mereka dalam Piala Malaysia bagi musim ini namun mereka akan meneruskan perjuangan dalam saingan Piala Cabaran Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Kekalahan berkenaan juga menyaksikan pengendali baharu Selangor, Katsuhito Kinoshi masih belum berjaya meraih kemenangan selepas dua perlawanan mengemudi Gergasi Merah termasuk aksi bertemu Muangthong United FC.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh