KELANTAN Darul Naim FC (KDN FC) melayani kunjungan Terengganu FC (TFC) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang bagi perlawanan Liga Super minggu ke-16 dengan misi kembali bangkit selepas tersingkir daripada kejohanan Piala Malaysia 2024 pada Sabtu lalu (30 November).
Perlawanan pada Rabu (4 Disember) itu menyaksikan pengendali Kijang Emas, Park Jae-hong menurunkan tiga pemain import untuk mengutip tiga mata berharga di halaman sendiri.
Manakala ketua jurulatih ‘interim’ Terengganu, Badrul Afzan Razali pula mempertaruhkan tiga pemain Bawah-23 Tahun (B-23) dalam kesebelasan utama untuk menggagalkan harapan Kelantan membawa pulang sebarang mata.





