PENYANYI Datuk Sheila Majid kesal apabila wajah dan namanya disunting pihak tidak bertanggungjawab bagi tujuan penyebaran berita palsu di media sosial.
Mengucap panjang saat melihat gambar berkenaan, Sheila, 59, menyifatkan tindakan tersebut sebagai melampaui batas.
“Astaghafirullah…ini jahat. Dah makin melampau!,” ketanya menerusi hantaran di Instagram pada malam Selasa.

Sheila berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram pada malam Selasa.





