JOHOR DARUL TA’ZIM (JDT) akan mengharungi cabaran sengit untuk berada di tempat kelapan terbaik Kumpulan B Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) bagi melayakkan diri dalam pusingan kalah mati pada Selasa (3 Disember).
Anak-anak buah Hector Bidalgio akan melayani kunjungan kelab gergasi Thailand, Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri untuk mengutip tiga mata berharga selepas tewas di tangan Shandong Taishan (China) 0-1 pada 26 November lalu.
Buriram United yang merupakan juara 10 kali Liga Thailand turut mengambil pendekatan menurunkan lebih ramai pemain import dalam saingan ACLE musim ini sama seperti Harimau Selatan.





