WALAUPUN Manchester United menghasilkan persembahan berkualiti berdepan Everton pada Ahad, mereka masih komited untuk menguatkan barisan serangan yang dilihat tidak begitu ampuh.
Pengendali baharu, Ruben Amorim dilihat serius untuk mencari penyerang ampuh supaya dapat menjamin kecemerlangan serangan United.
Oleh itu, mereka dilihat sedang menyasarkan beberapa nama dengan pemain Wolverhampton Wanderers berada dalam radar United.






