PENDEKATAN menarik diambil pengurus Manchester United, Ruben Amorim untuk memastikan anak-anak buahnya berada dalam keadaan terbaik apabila dia bertindak melantik barisan kejurulatihan baharu.
Keputusan itu dibuat selepas staf sokongan kepada pengendali terdahulu, Erik ten Hag digugurkan bagi memastikan taktikal dan falsafah bola sepak diterapkan mengikut acuan Amorim.
Antara yang dibawa masuk ialah ‘orang kanan’ pengurus kelahiran Portugal itu, Carlos Fernandes serta Adelio Candidi serta Emanuel Ferro yang merupakan pembantu jurulatih.







