PEMAIN Shah Alam Titans, Kiivhern Selvarajah berharap agar ada pihak yang memberi lebih perhatian dan sokongan terhadap sukan bola keranjang di Malaysia dengan harapan sukan itu dapat berkembang setanding dengan bola sepak.
Kiivhern menegaskan bahawa Malaysia mempunyai pemain berbakat yang mampu bersaing bukan hanya di luar negara tetapi juga di dalam negara.
“Saya sangat berharap agar pihak berkenaan dapat memberi perhatian lebih terhadap bola keranjang supaya ia setanding dengan bola sepak di Malaysia.