Sukan

‘Rajin pula turun latihan’, fans Sang Kenari kritik pemain KDA FC boikot aksi Piala Malaysia 2024

PENYOKONG Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mengkritik segelintir pemain-pemain pasukan itu selepas turun menjalani latihan bersama pasukan namun memilih untuk memboikot aksi sebenar perlawanan.

Perkara itu diluahkan penyokong-penyokong Sang Kenari selepas media rasmi pasukan memuat naik gambar pemain sedang menjalani latihan bersama jurulatih ‘interim’, Victor Andrag pada Khamis (29 November).

Dalam sesi latihan itu pemain-pemain seperti Rizal Ghazali, Syafiq Ahmad, Ifwat Akmal dan beberapa senior lain turut kelihatan bersama pasukan yang mana sebelum ini mereka dipercayai memboikot perlawanan pertama pusingan ke-16 Piala Malaysia 2024 menentang Kuala Lumpur (KL) City FC di Stadium Darul Aman, Kedah pada 22 November lalu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.