KEKALAHAN pertama buat pengendali baharu Selangor FC, Katsuhito Kinoshi selepas gagal mempamerkan kebangkitan dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) apabila tewas 1-2 di tangan kelab Thailand, Muangthong United pada Khamis (28 November).
Skuad Gergasi Merah terpaksa mengigit jari di hadapan penyokong sendiri apabila tumbang 2-1 di tangan Muangthong United dari Thailand di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam tadi, sekali gus menyaksikan kedudukan mereka jatuh ke tangga ketiga kumpulan.
Dalam satu lagi perlawanan Kumpulan H, wakil Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors kekal di tangga teratas, selepas membelasah Dynamic Herb Cebu, 4-0.






