Sukan

Kerap kena perap di Selangor, Khuzaimi Piee terbuka pulang ke skuad Jang?

SEPANJANG kira-kira semusim setengah bersama skuad Gergasi Merah, Ahmad Khuzaimi Piee lebih kerap diletakkan di bangku simpanan meskipun dia pernah berstatus pemain pertahanan utama Harimau Malaya.

Peluang terhad itu boleh dikatakan berpunca daripada kegagalannya untuk berada dalam tahap kecergasan terbaik selepas mengalami kecederaan kaki ketika saingan Piala AFF 2022.

Meskipun sudah menerima rawatan terbaik, pemain kelahiran Melaka itu kerap dirundung masalah sama sehingga menyaksikannya sering disisihkan daripada pasukan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh