Viral

[VIDEO] ‘Terima kasih orang baik’, kelibat jejaka selamatkan orang kampung dihanyut bah di Kelantan raih pujian

SITUASI banjir di Kelantan terus memburuk dengan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat mendadak, setakat pukul 4 petang pada Rabu.

Di Kelantan, mangsa banjir meningkat kepada 12,526 orang berbanding 3,110 orang yang berlindung di 96 PPS melibatkan jajahan Pasir Mas, Pasir Puteh, Kuala Krai, Kota Bharu, Tanah Merah, Machang, Tumpat, Bachok dan Jeli.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, jajahan Pasir Mas mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 3,232 orang di 19 PPS, Pasir Puteh (1,738 mangsa di 14 PPS), Kuala Krai (1,591 mangsa di 17 PPS), Kota Bharu (1,573 mangsa di 14 PPS) dan Tanah Merah (1,001 mangsa di 14 PPS).

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.