Sukan

Orang kuat bola sepak Pahang meninggal dunia akibat kemalangan di Pekan

KISAH pilu diterima penyokong Sri Pahang FC apabila Raja Mustafa Shah Raja Jalil Shah yang merupakan ahli Majlis Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam nahas di Kilometer 3 Jalan Pekan-Kuantan dekat Pekan, Pahang, pada Selasa.

Kemalangan melibatkan tiga kenderaan itu menyebabkan seorang lagi lelaki maut, dengan kedua-duanya meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Pekan.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, kemalangan berlaku kira-kira pukul 11.05 pagi, membabitkan pacuan empat roda (4×4), kereta dan kenderaan pelbagai guna (MPV).

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.