Sukan

‘You deserve better’, Dominic Tan tinggalkan mesej menyentuh hati buat Kim Swee

PEMERGIAN Datuk Ong Kim Swee dari Sabah FC sudah pasti meninggalkan kesan hebat terhadap kelab Borneo tanah air itu yang sememangnya merasai sentuhannya sepanjang tiga tahun di pasukan berkenaan.

Dia yang menyertai skuad Sang Badak pada 2022 tidak menunggu lama untuk memberi impak kerana pada musim pertamanya, mereka layak ke pentas Asia buat pertama kali sejak 1995.

Pada musim kedua pula, bekas pengendali Harimau Muda itu menjadikan Sabah FC semakin konsisten di peringkat domestik serta sepanjang kempen Piala AFC dengan rentetan keputusan positif direkodkan.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh