SELEPAS dua bulan melahirkan cahaya mata kelima, pelakon Datin Almy Nadia akhirnya mendedahkan wajah anak perempuannya untuk tatapan peminat di media sosial.
Almy atau Ungku Almy Nadia Aminuddin Shah, 38, turut meluahkan rasa syukur kerana bayi itu membesar sihat dan berat semakin bertambah.
Malah, dia dan suami iaitu pelakon Datuk Fizz Fairuz bersepakat memilih nama Nur Afrina Alisya untuk anak kelimanya itu.
Berat badan Alisya mencecah 6 kilogram di usia dua bulan.