PENYANYI dan maestro muzik, Datuk M Nasir dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan pada Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak, pada Sabtu.
Anugerah tersebut disampaikan Raja Permaisuri Perak yang juga Canselor UPSI, Tuanku Zara Salim.
Mengulas mengenai penganugerahan tersebut, M Nasir atau Mohd Nasir Mohamed, 67, menyifatkan pengiktirafan tersebut sebagai kemuncak dalam karier seninya sejak 45 tahun lalu.

Anugerah diserahkan oleh Tuanku Zara Salim.






