BUKIT Aman tidak pernah berhenti menyiasat serangan menyimbah asid ke atas pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara pada Mei, kata Tan Sri Razarudin Husain.
Ketua Polis Negara berkata polis telah menahan tiga suspek dan merekodkan keterangan 23 yang lain bagi membantu siasatan sejak kejadian dilaporkan Mei lalu.
“Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman telah menjalankan siasatan rapi namun tiada bukti yang boleh mengaitkan ketiga-tiga suspek.





