SIAPA sangka bakat pelajar dari Sekolah Antarabangsa Cempaka Bukit Damansara dan Sekolah Cempaka Cheras mendapat perhatian di luar negara sehingga berjaya merangkul dua Anugerah Emas dalam pertandingan koir ‘Sing For Gold‘ yang berlangsung di Calella dan Barcelona, Sepanyol pada Oktober lalu.
Seramai 18 pelajar dari kumpulan Vocal Pizzest gabungan dua sekolah itu merangkul anugerah emas bagi kategori Koir Kanak-Kanak dan kategori Pop, Jazz & Gospel.
Peserta terdiri daripada pelajar berusia 8 hingga 14 tahun dan merupakan kumpulan paling muda dari Malaysia yang bertanding mewakili Asia Tenggara.
Peserta Vocal Pizzest menggayakan pakaian tradisional yang menarik perhatian ramai.