TERPAKSA menerima hakikat tidak mampu hamil merupakan perkara paling menyedihkan buat pelakon Tan Sri Michelle Yeoh.
Memetik laporan The Times, Michelle, 62, menyedari masalah kesihatan itu selepas mendirikan rumah tangga dengan usahawan Dickson Poon pada tahun 1988.
Meskipun perkahwinan mereka tidak bertahan lama, Michelle berkata sehingga kini dia masih lagi bergelar ibu angkat kepada enam orang anak Poon.

Michelle akur menerima takdir perpisahan bersama Poon.





