TINDAKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) memanggil semula tiga pemainnya iaitu Arif Aiman, Matthew Davies dan Feroz Baharudin daripada skuad kebangsaan mencetuskan reaksi daripada penyokong.
JDT menjelaskan panggilan semula tiga pemain itu adalah faktor persediaan yang bakal dihadapi mereka dalam Piala Malaysia dan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE) selepas aksi bola sepak antarabangsa selesai.
Namun begitu, JDT tidak memanggil semua pemain dengan meninggalkan beberapa pemain. Kenapa mereka bertindak sedemikian?







