PEMAIN pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk kembali ke kelab itu lebih awal daripada jadual yang ditetapkan selepas dilepaskan oleh skuad kebangsaan Belanda.
Dalam kenyataan rasmi Liverpool pada Isnin, pemain pertahanan itu kembali semula ke England selepas dilepaskan Belanda yang sedang mengharungi Liga Negara-Negara UEFA (UNL).
Van Dijk bermain dalam aksi kemenangan 4-0 Belanda ke Hungary pada Ahad dan tidak akan terlibat pada aksi terakhir kumpulan C menentang Bosnia dan Herzergovina.






