KUMPULAN Sarkas muncul sebagai juara program Muzikal Lawak Superstar musim ke-4 (MLS4) yang berlangsung pada malam Ahad.
Persembahan komedi kreatif dan menghiburkan yang dipersembahkan bukan sahaja menambat hati juri malah melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM150,000.
Sarkas yang dianggotai oleh Danial Zaini, Acap S dan Shashic menganggap kemenangan tersebut bukti komedi di Malaysia masih bersinar.

Sarkas berjaya pikat hati juri dan penonton.






