PELAKON Aida Aris mengambil langkah berdiam diri susulan dakwaan dia berhutang RM200,000 terhadap bekas adik iparnya bukan kerana takut.
Sebaliknya kata Aida atau Siti Rohaida Mat Aris, 52, dia memegang pesanan Allahyarham ibunya iaitu Siti Khadijah Abu Sujak agar bersabar sekiranya berdepan dengan ujian dalam hidup.
“Aku diam bukan takut. Aku diam sebab mak pernah pesan biarlah orang buat kita, sabar.

Perkongsian yang dimuat naik oleh Aida di Instastory miliknya.






