TIGA dekad bergelar pelakon, Rita Rudaini memberitahu dirinya tidak pernah dibuli di set penggambaran seperti yang didakwa sesetengah bakat baharu.
Sebaliknya Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 48, berpendapat tindakan mencampak skrip atau ditengking tidak boleh dianggap sebagai satu perbuatan buli.
Jelasnya, tindakan tersebut berkemungkinan disebabkan sikap pelakon yang tidak memberi fokus.

Rita berkongsi perkara itu menerusi InstaStory miliknya.





