PERNAH dipandang rendah kerana kekurangan diri, penyanyi Zubir Khan akhirnya membuktikan dia berjaya beraksi di pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-39 (SFMM39) yang berlangsung pada malam Khamis.
Zubir atau Muhammad Zubir Mohamad Ali, 24, berkata, sebelum ini dia banyak menerima kata-kata hinaan dan kutukan oleh masyarakat kerana kekurangan fizikalnya itu.
“Sebelum saya dikenali sebagai Zubir Khan, ramai yang berkata kekurangan yang saya miliki ini tidak akan membawa saya kemana-mana (kejayaan).

Impian Zubir untuk beraksi di pentas Muzik-Muzik akhirnya tercapai.






