IMPIAN peminat mahu menyaksikan Misha Omar membuat persembahan lagu Masihkah Ada Rasa Itu di Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-39 (SFMM39) nampaknya tidak kesampaian.
Ini selepas penyanyi Vanessa Reynauld tampil menggantikan Misha bagi mempertaruhkan karya ciptaannya bersama Sharon Paul dan lirik ditulis oleh Sharon Paul dan Que Afiq.
Difahamkan Misha tidak dapat menyertai SFMM39 di atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Vanessa ketika membuat persembahan di SFMM39.






