PERNAH berdepan masalah pada bahagian peti suara, penyanyi Siti Nordiana memberitahu dia terpaksa melupakan kenikmatan minuman berkafein terutamanya kopi.
Malah kata Siti Nordiana atau mesra disapa Nana, 40, dia kini masih dalam proses membiasakan diri untuk menggunakan teknik betul dalam mengawal suara ketika membuat persembahan pentas.
“Dahulu saya memang seorang penggemar kopi, tetapi selepas memulakan rawatan sebelum ini saya berhenti ambil kafein. Jika minum kopi akan menyebabkan kahak dan menjejaskan vokal.

Teknik nyanyian betul membantu Nana menjaga peti suara.






