PERAK FC terpaksa akur tewas di ‘halaman sendiri’ selepas dibedil oleh barisan serangan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan keputusan 0-5 dalam perlawanan tertunda Liga Super pada Ahad (10 November).
Perlawanan yang dilangsungkan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor itu menjadi rumah singgah pasukan Perak selepas tidak mendapat kelulusan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk beraksi di Stadium Manjung, Perak.
Dalam perlawanan itu tercetus pelbagai kontroversi dan insiden pergaduhan antara kedua-dua pasukan sehingga pengadil, Razlan Joffri Ali terpaksa masuk campur.





