KEM Sabah FC menerima khabar kurang gembira apabila tonggak tengah Sang Badak, Stuart Wilkin dikhabarkan akan meninggalkan kelab itu dalam masa terdekat.
Ia berikutan selepas satu hantaran yang dikongsikan di laman Facebook mendedahkan bahawa kontraknya bersama Sabah FC akan tamat pada 30 November 2024.
Bukan itu sahaja, kini nama Wilkin turut dikaitkan dengan salah sebuah kelab gergasi tanah air iaitu Selangor FC.
Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh
BACA LAGI: Mungkin ucap selamat tinggal, tonggak Sang Badak tinggal selangkah ke Selangor FC
BACA LAGI: Fans Perak anggap kalah sudah dalam tangan, ‘ekor’ JDT ingatkan jangan bagi alasan bila kecundang

Stuart Wilkin (dua kanan) cemerlang dalam membantu Sabah FC melakar sejarah peribadi apabila hatrik dalam membuat hantaran bantuan ketika bertemu Kelantan Darul Naim FC.
Dengan khabar angin yang kini bertebaran di media sosial ketika ini, ramai penyokong Sang Badak sepertinya belum bersedia untuk melepaskan tonggak utama Sabah itu.
Malah, ada juga penyokong berharap agar pihak pengurusan Sabah FC menyambung kontrak pemain Harimau Malaya itu demi masa depan pasukan Negeri Di Bawah Bayu tersebut.
Bagaimanapun, penyokong The Rhinos janganlah bersedih dahulu kerana ada tiga sebab mengapa Wilkin perlu kekal bersama Sabah FC.
1. Persaingan tengah di Selangor FC
Pemain berusia 28 tahun itu menunjukkan prestasi yang konsisten di posisi tengah dalam pasukan Sabah.
Dengan kemampuannya untuk mengawal permainan dan memberikan impak di bahagian tengah, Wilkin menjadi watak penting dalam strategi pasukan.
Kehadirannya dapat meningkatkan persaingan di posisi tersebut dan membantu Sabah menjadi lebih kompetitif.
Bagaimanapun, sekiranya Wilkin berhijrah ke Selangor FC, sudah pasti dia akan bergelut untuk mendapatkan posisi di bahagian tengah.
Hal ini kerana, skuad Gergasi Merah itu kini memiliki pemain kebangsaan Jordan, Noor Al-Rawabdeh dan import dari Croatia, Nikola Jambor di posisi tersebut.
2. Tekanan penyokong
Penyokong Sabah sentias memberikan sokongan yang tinggi terhadap Wilkin yang menjadikan dia sebagai watak penting dalam pasukan.
Tekanan daripada penyokong untuk mengekalkan pemain yang mempunyai hubungan baik dengan pasukan menyokong idea agar Wilkin kekal kerana ia dapat menguatkan moral dan semangat pasukan.
Wilkin telah menunjukkan komitmen tinggi serta prestasi yang konsisten sejak menyertai Sabah FC dan menjadikannya salah satu pemain yang disenangi oleh penyokong The Rhinos.
Kehadiran Wilkin dalam pasukan juga memberi kesan positif terhadap moral pemain lain kerana sering menjadi penyumbang penting dalam kemenangan.
Dengan prestasi yang semakin meningkat dan keserasian yang jelas antara Wilkin dan pasukan, penyokong merasakan bahawa mengekalkannya dalah langkah penting untuk memastikan pasukan terus bersaing dalam saingan domestik.

Wilkin (kiri) cemerlang membantu Sabah FC membenam Kedah Darul Aman FC dengan keputusan 5-2.
3. Keserasian bersama Kim Swee
Wilkin mempunyai keserasian yang baik dengan Ketua Jurulatih, Datuk Ong Kim Swee.
Hubungan baik itu memberi kelebihan buat Sang Badak kerana Wilkin sudahpun memahami corak permainan dan pendekatan taktikal yang diterapkan oleh Kim Swee.
Ia sekali gus memberi impak positif kepada pasukan dalam mencapai matlamat kerana keserasian yang terjalin antara Wilkin dan Kim Swee adalah aset penting bagi Sabah FC.
Oleh itu, keserasian ini menjadi faktor utama mengapa Wilkin wajar kekal bersama Sabah FC. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram





