Sukan

Aaron-Wooi Yik ‘pecah peluh’ sebelum rangkul kejuaraan pertama di Terbuka Korea

PEMAIN beregu utama lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terpaksa berhempas pula untuk merangkul kejuaraan pertama mereka tahun ini menerusi Terbuka Korea.

Pasangan nombor enam dunia itu tidak berdepan laluan mudah selepas diberikan tentangan sengit oleh pemain beregu Korea Selatan Jin Yong-Kim Won-ho sebelum menang 21-23, 21-19, 21-14 di Iksan City, Korea Selatan.

Dengan kemenangan sukar tersebut, Aaron-Wooi Yik menjadi pasangan beregu pertama Malaysia memenangi gelaran beregu lelaki di Masters Korea.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

Pengumuman

Portal Majoriti ditamatkan operasi berkuat kuasa 31 Januari 2026.
Pembaca boleh menikmati kandungan gaya hidup dan hiburan terkini melalui www.mstar.com.my, manakala pelbagai resipi dan kulinari boleh didapati di www.kuali.com.