BAYANGKAN terpaksa berhadapan dengan penangguhan dua kali perlawanan. Itulah yang berlaku kepada Perak FC dengan kini ia dikhuatiri akan memberi kesan kepada motivasi dan keyakinan para pemain The Bos Gaurus (TBG).
Venue perlawanan Liga Super antara Perak dan juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT), yang ditunda ke 10 November telah ditukar dari Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Manjung ke Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor.
Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) berkata, Perak diminta menamakan tempat alternatif berikutan risiko keselamatan untuk perlawanan berprofil tinggi itu jika ia dilakukan di Stadium Manjung.






