PENYERANG Al-Hilal, Neymar menafikan dakwaan bahawa seorang peminat mencuri cincin berharga dari jarinya ketika sesi pemanasan sebelum perlawanan Al-Hilal menentang Esteghlal.
Neymar menyifatkan khabar angin itu sebagai sebahagian daripada berita palsu yang bertujuan untuk menjatuhkan namanya.
Menerusi video yang tular di media sosial baru-baru ini, warga maya membuat spekulasi apabila salah seorang individu mencuri cincin dari jarinya selepas menyapa peminatnya.





