Sukan

Boleh elak gol jika bek lebih ‘alert’, Azim mahu pastikan Selangor kekal tangga kedua kumpulan

HANYA satu kelalaian dalam fokus sudah cukup merugikan Selangor FC apabila mereka tewas 0-1 kepada wakil pasukan Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors dalam perlawanan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL 2) yang berlangsung di Stadium Piala Dunia Jeonju, Korea Selatan pada Khamis.

Benteng pertahanan Gergasi Merah gagal mengawal situasi bola mati pada minit ke-22 apabila membenarkan penyerang kelahiran Brazi, Tiago Orobo melompat tinggi untuk menanduk masuk sepakan sudut yang diambil oleh Kwon Chang-hoon.

Gol tersebut merupakan jaringan pertama Orobo dalam kejohanan tersebut dan ia menjadi gol kemenangan yang membolehkan pasukannya menduduki tangga teratas Kumpulan H dengan sembilan mata.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh