CHELSEA bersedia untuk ‘berperang’ dengan Arsenal pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) Ahad ini di tempat sendiri.
Bertemu seteru London, Chelsea kendalian Enzo Maresca berhajat untuk menewaskan Arsenal sekali gus menyukarkan skuad Mikel Arteta bagi memburu gelaran liga.
Akan tetapi, persiapan Chelsea sedikit terganggu apabila mereka mungkin turun tanpa kelibat bintang utama iaitu Cole Palmer.






