Sukan

Kurang minit permainan bukan penghalang, penjaga gol JDT kongsi ‘rahsia’ cemerlang di ACLE

PENJAGA gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Andoni Zubiaurre mendedahkan rahsia di sebalik kemampuannya di pentas Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) biarpun kurang minit permainan, lapor Stadium Astro.

Seperti yang diketahui umum, khidmat penjaga gol kelahiran Sepanyol berusia 27 tahun itu tidak digunakan dalam saingan domestik dan hanya dipertaruhkan untuk kejohanan antarabangsa.

Zubiaurre tampil cemerlang dalam empat penampilan bersama Harimau Selatan, dengan dua daripadanya tanpa dibolosi dan berjaya memainkan peranan penting dalam membantu pasukannya menewaskan kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai, 3-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Johor pada Rabu.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh