SEORANG pengawal lalu lintas yang dilanggar oleh sebuah kereta jenis Perodua Viva dalam kejadian dekat Sekolah Agama Johor Jaya, Johor pada Khamis dipercayai mengalami kecederaan sehingga patah pergelangan tangan.
Difahamkan mangsa pada ketika itu sedang sibuk mengawal lalu lintas sekolah dan secara tiba-tiba dilanggar oleh sebuah kereta Viva berwarna putih.
Menerusi paparan video berdurasi 20 saat yang tular sejak Khamis memaparkan mangsa sedang berjalan menuju ke tengah jalan sebelum mengangkat bendera untuk memberi isyarat kepada pemandu di laluan kanan bertujuan memberhentikan kenderaan.